Mar 5, 2011

about my love story... (part 3)

ok2 kite sambung balik kisah antara aku dan die. pelu aku ingat kan balik yang kisah ini bukan lah rekaan, semua dari pengalaman aku, thx kepada sesiapa yang sudi bace ait!

Serius aku mase tu aku x de ape2 perasaan pon kat die. Just anggap die sebagai kawan. Then lepas dari tu mmg agak jarang aku on9, tambah pulak mase tu bulan pose, aku wat part time kat kedai makan, malam pulak aku praktikal kat TM, mmg fix la. Lame lepas tu aku baru msg ngan die, kitorg mula tukar2 FB pulak. Aku tgk gambar2 die, hmmmm... quite okey, nice, cute, manis je. Mula dari tunlah kitorg jadi bertambah rapat. Malam2 msg, setiap mase lah. Sampai lah aku habis kursus, then dapat kerja kat kilang SAMSUNG! Wah! Gah gile rase, antara kilang elektronik yang terbaik di dunia, tapi..... kerja mcm xde dunia, gile tol. Memang pax gile. Masuk 8 pagiĆ 12 tgh mlm.

Walaupon bz camtu aku masih lagi berhubung ngan die, tapi dah xmacam dulu la, selalu nye aku akn tggu die tido dulu, tapi lepas aku keje ni, aku selalu je tido sewaktu msg die, die pon xkesah. Dalam diam2 aku simpan perasaan kat die,tapi aku xluahkan sebab aku takut jadi macam dulu2.aku xnk pisang berbuah 2 kali. Lepas 3 bulan aku keje kat kilang tu, aku dapat tawaran dari TM. Yes! Suke2.. aku pon dah xtahan lagi keje kilang tu. Tanggal 23/4/2010, aku dipanggil untuk interview. Kaget bai! Dorg cakap(HR) result akan terus dapat petang tu gak. Ktorg pon tggu la, tup2 sampai kol 7mlm dorg cakap result akn keluar ari isnin. Gampang tol. Terpaksa lah aku tggu. Malam tu aku lepak kat umah my best buddy! ALONG. Aritu kebetulan SYED pon ade. Mmg ktorg lepak smpai x ingat dunia la. Hari sebelum aku g interview tu die ade ajak aku jumpa, tp aku tolak, sebab aku segan nk jumpa die, yelah, aku tkot die lari je jumpa aku nanti. Yela aku ni bukan ade rupa sangat pon. Xde ciri2 yang bole menarik perhatian lah senang cakap. Malam tu aku fikir masak2, then aku amik kputusan untuk jumpa ngan die. 24/4/2010, kali pertama ktorg jumpa, kat times squre, mase tu aku bawak along sebab aku ni penakot, die pulak bawak kawan baik die.

Mase 1st time tu aku mmg xperasan lansung die yg mane, die cakap die pakai baju putih, tudung putih, sekali ngah jalan2 sambil mencari kat ngan kedai PUMA, ade 2 org awek gelak2! La die ke? Aku xperasan lansung, terus aku buat muke macam xbersalah dengan penuh blur,.... hehehehehe.. cover kot.. Aku cube untuk xberlaku terlalu formal dan cube untuk menjadi diri sendiri. Kitorg jalan2, tgk wayang, makan2. Suke aku tengok die senyum, manis. Sebelum die balik aku mintak izin snap pict, takot gak aku time tu, segan. Nasib baik die sempoi. Dapat snap 3 gambar, sampai sekarang aku simpan lagi.

Balik tu aku terus msg die! Ari tu aku rasa bahagia sangat! Terlalu happy, die pon cakap yang sama. Dah lama aku xrase perasaan mcm ni. Aku pon mencuba nasib. Aku luahkan perasaan aku kat die. Sebelum n aku pernah luahkan tp die mcm xsedia lagi, kali ni aku cuba lagi, jawapan nya masih lagi sama, aku pon dengan penuh kecewa terus mematikan diri. Beberapa hari lepas tu die msg aku, katanya “ kalau boleh saya memang ingin menyayangi dan disayangi.. hati saya lebih sakit lagi sebab xboleh share rasa cinta saya ni. P, saya nak kamu bahagia.. kamu layak dapat orang yang menyayangi kamu.. xpe, biar saya sendiri, tapi saya xnak rang lain derita sebab saya”. Sampai sekarang ni aku masih lagi menyimpan msg2 die. Hati ni sering kali sebak bila bace balik msg2 dari die. Kini aku yakin yang die betul2 xde perasaan kat aku, hanyalah sebagai kawan dan xlebih dari tu.

Lepas dari kejadian tu, aku mintak maaf dan hubungan kami terus seperti biasa, sebagai kawan. Aku pernah Tanya die kenapa die suka kawan ngan aku, die jawab “ sebab kamu sangat memahami dan kenal perangai saya dan always by my side”. Ofcourse! That because i truly love u! Aku berjanji dengan diri aku yang aku xkan sesekali melukakan die. Die dah terlalu banyak terluka, dan aku berjanji yang aku akan membahagiakan die walau ape pon. Die jugak pernah cakap kenapa nasib die jadi camni, ( hubungan die yang dulu) kenapa die xmerasa bahagia, “ saya pon nak bahagia macamorang lain gak. Hati saya sakit bile tengok orang lain bahagia dengan pasangan masing2.. saya tahu xmungkin ade orang sanggup tunggu pintu hati sayayang entah bila akan terbuka” aku sedih sangat bile die cakap macm tu, terlalu dalam luka yang bekas kekasih kau tinggalkan. I promise u, that i will wait for u my princes!! Hanya tu je yang mampu aku ungkapkan dalam hati ni.

Hubungan kami semakin hari semakin akrab, namun aku xdapat untuk kikis perasaan aku pada die. Banyak kali gak aku cuba larikan diri dari die. Bawa diri untuk lupakan die. Tapi xpernah Berjaya. Sampailah 5/11/2010, sekali lagi aku mencuba nasib, aku terus terang pada die, “ dalam dunia ni saya hanya ade family saya, dora, dodo ( my sugar glider) dengan kamo je yang saya sayang, perlukah saya bukak lagi hati saya ni untuk menyayangi orang lain lagi? perlukah saya carik lagi??” die hanya jawab “ bukan saya pipi, bukan saya, maafkan saya” hmmm.... akhirnya aku tahu lah yang die memang betul2 lansung xdapat berikan aku paluang untuk mencuba.

Sejak hari tu, aku terus menyepikan diri, aku xmarah kat die, aku x bencikan die. Aku just malu dengan tindakan aku, aku bodoh! Xdapat menerima hakikat yang die memang xkan terima aku. Sepatunya dari mula lagi aku dah mengalah, xade guna untuk aku terus mengharap.
Selama hampir 5 bulan aku menyepikan diri. Aku cuba sibukkan diri aku, kerja2. Tapi sesaat pon aku xdapat lupakan diri die. Aku terlalu sayangkan gadis tu. Aku xtahu ape yang membuatkan aku lansung xdapat lupakan die. Die terlalu istimewa dalam hidup aku. Bagai kan barah dalam diri ini, terus memamah hati dari dalam, aku xdapat menahan perasaan rindu aku pada die, suara die, senyuman die, gelak tawa die. Sampailah 1 hari, aku jalan2 kat kedai buku, aku ternampak buku “ tefsiran mimpi menurut al-quran” . tersentap aku tiba2 sebab teringatkan die! 1 mase dulu die pernah cerita kat aku yang die mimpikan aku, katanya aku dating rumah die bawak sejambak bunga dan seoran budak kecik, ape mksud nye ?? mase tu aku xdapat jawab. Teringat je cerita tu terus aku capai buku tu. Balik je aku terus carik ape makna mimpi die dulu.

Mimipi bunga bermakna kegembiraan, mimpi budak kecil pula membawa maksud kebaikan seperti terbebas dari prasangka buruk, diberi sihat pada yang sakit, akan lulus bagi pelajar yang sedang periksa, & mendapat jodoh bagi yang bujang!!. Aku terus mencapai hp, taip msg dan terus anta pada die. Dalam pukul 7 baru die balas. “terima kasih”. Then die anta msg lagi, “ are u happy?”. Hmm... berat soalan untuk aku jawab, “ no. Dah lame saya xrasa gembira macam sekarang, cukuplah kamu balas msg saya t upon dah cukup menggembirakan saya.. kamu masih marah kan saya?”die jawab yang die xmarah, xbenci, tapi kadang2 kecewa. Aku mintak maaf lagi pada die, die cakap kenapa aku xjage diri elok2. Aku cume mampu jawab yang aku dah hilang arah, dan aku mintak maaf setulus hati aku kat die, dan mintak izin untuk kembali menjadi kawan die. Tu je yang aku inginkan, aku xkesah kalau die tolak cinta aku, tapi aku masih perlukan die dalam hidup aku.

Seketika kemudian die balas msg aku, “ berapa kali awak nak berkawan dengan saya, dan berapa kali awak nak putuskan persahabatan kite dan buang saya dari hidup awak!” erk! Terkedu aku baca, terlalu sebak untuk aku tahan, mengalir juga air mata seorang lelaki! Aku xtahu nak cakap ape ngan die, sungguh nya aku xpernah terfikir untuk membuang die dari hidup aku, aku Cuma kecewa, sedih dan xdapat terima hakikat, aku melarikan diri dari die, bukan buang die. Aku Cuma perlukan masa untuk kikis die dari kepala aku, untuk aku tidak lagi mengharap dari die. Sahabat aku pernah bertanya, “kenape lah kau ni bodoh sangat mengharap pada yang xsudi, pi, ramai lagi perempuan dalam dunia ni, mungkin die bukan jodoh kau, tapi kat luar tu mungkin ade.” Aku hanya dapat tersenyum pahit mendengar kata2 kawan aku. Sungguh betul ape yang die cakapkan. Tapi aku xmacam tu, cinta aku 1, kalau aku dah cintakan seseorang, hanya die lah yang aku sayang, hanya die je yang layak untuk terima cinta dari aku, walaupon die bukan milik aku, dan tiada ape pon perasaan kat aku.

Orang pernah cakap yang mencintai seseorang yang amat lah mudah daripada cuba mencintai seseorang yang kita xcintai. Aku percaya dan aku seharusnya menerima hakikat yang die lansung x cintakan aku, cukuplah sekadar aku mencintai die sendiri, aku rasa dengan cara ini aku lebih bahagia.

Sekali lagi aku tnya pada die, boleh xsaya jadi kawan awk, die cakap die perlu fikirkan dulu, 1 malam aku xdapat tidur, mate lebam, sebab menangis. Aku tahu aku salah sebab meninggalkan die dulu. Esok nya aku dapat jawapan dari die, “ Saya bole terima kamu dengan syarat, please be a fun loving person like before, don’t de so serious till i felt that u are so cold.” Aku paham maksud die, bukan aku sengaja moody dengan die, aku masih beranggapan yang die xkan maaf kan aku sampai bile2 dan pintu hati die mungkin dah tertutup rapat dari menerima aku.
Hakikat harus aku terima, die sekadar mahukan hubungan sebagai kawan xlebih dari itu, aku hormati keputusan die, aku dah xmahu nak memaksa lagi, biar lah Allah yang menentukan segalanya. Baru2 ni die tanye pada aku, “Along nak kawen ea?” yup! Allhamdulillah selamat juga seorang sahabat aku xlama lagi, die aku da anggap macam abang aku sendiri, then die Tanya “ kamu bile lagi?” aku xmampu nk jawab, yang aku tahu aku hanya akan menunggu, dan terus menunggu biar pon sampai bile2 mungkin.

Semalam selepas aku post entry terakhir tu, aku rase macam lepas ni aku xmungkin macam dulu lagi, xmungkin aku akan happy macam dulu lagi, tetiba die hatar msg pada aku seperti tiada apa yang berlaku, semalam jelas kelihatan die maacam moody dengan aku, tapi tadi die macam biase je, ceria, gelak2,. Mungkinkah die membaca entry aku sebelum ni??? Ktorg bebbual macam biase, then stop. Die nak tgk drama kat tv3, aku pulak terus sambung bace novel KATERINA, abis je cite tu die msg aku. Then macam perli2 aku pasal kat fb aku de sorang gurl panggil aku i-u, i-u, hehehehehe... kelakar gak, aku sebelum ni xpernah main i-u, i-u ni. Heheheheh... then aku cakap kaat die yang that gurl is my 1st sugar glider customer. Fatin, yup! Seorang yang happy go lucky! Aku suke tgk semangat die, die seorang kawan yang baik dan dah berpunya ,aku anggap die macam adik je.

Aku terang kan pada die, then aku cakap pada die “ hati saya xmungkin akan terbuka untuk orang lain, sebab dah ada penghuni di dalam nya dan saya tetap akan tunggu sampai bile2. Walaupon selama2, mungkin sehingga malaikat maut dating mencabut nyawa ini. Saya tetap akan tunggu” segalanya tulus dari hati aku tiada selindung lagi, aku nak die tahu yang aku betul2 serius walaupon die xterima aku. Kemudian die cakap boleh x aku berjanji? Aku hanya jawab insyaallah, ape die?. “ tolong cari seseorang yang lebih sayang kamu dengan ikhlas, saya boleh jadi kawan kamu tapi untuk lebih dari tu saya xmampu, saya tahu bukan mudah, tapi tolong cari dan terus mencari, die pasti ada di mana2”.. terus sebak dada aku, sungguh pon begitu aku cuba untuk kawal perasaan aku. Aku balas “ insyaallah. Xpe, saya xkesah, saya gembira dapat berkawan dengan kamu, biarlah takdir yang menentukan semua, kamu janganah rase serba salah dengan saya, sedetik pon saya xpernah menyalahkan kamu.” Ye memang benar. Xpernah pon sekali aku menylahkan die tentang ape yang telah berlaku, aku anggap ni semua dah memang takdir.

Aku tetap akan menunggu die sampai bila2 dan aku xtahu bile penantian aku ni akan terhenti, mungkin juga sehingga aku melihat sendiri die bahagia bersama insan yang die benar2 cintai depan mata aku, mungkin sampai die berkahwin. Aku Cuma mahukan die rasa bahagia, die dah terlalu terluka sebelum ini, aku Cuma mahu membalut luka dan sekiranya aku dah xlagi diperlukan aku rela tarik diri, demi melihat die bahagia. Sungguh nya pintu hati ini dah lama aku tutup untuk perempuan yang lain, tiada wanita yang sehebat kau! Cerita cinta aku ni masih lagi belum bernoktah. Selagi aku x kotakan janji aku untuk melihat kebahgian die. Aku akan terus menyayangi die walaupon die mungkin xakan terima aku. Bagi aku, aku masih berpegang pada perinsip aku, kebahagiaan orang yang aku sayang adalah lebih penting dari segalanya. “Mencari bintang di langit itu lebih mudah dari mencari cinta.. dan selalunya bila ditemukan cinta itu, selalunya ia yang xmahu berkelip, selalu saja malap tanpa sinar

6 comments:

  1. Pndapat aku la.. sbgai 1 of your best fren.. pikir balik bro.. berbaloi ke mnunggu smeone yg x pkirkn pasal kta??? smeone yg xpn mnghargai ape yg kta lakukan.. smone yg xprnh pn cuba bkk hati die utk kta.. life must go on my fren...

    ReplyDelete
  2. xpe lah... biar la aku tggu je... aku hanya akan berhenti kalau aku tgk die dah bahagia ngan org laen.

    ReplyDelete
  3. up 2 u.. kta lah yg mncorakkan khidupan kta.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...