Ada sebuah hadits dari Rasulullah yang merupakan sebuah nasihat yang diamanatkan untuk isterinya iaitu Siti Aisyah, tetapi nasihat dari hadits ini bukan hanya dikhususkan untuk Siti Aisyah semata, tetapi disunatkan pula untuk dilakukan oleh setiap orang yang mengaku Muslim, inilah haditsnya, mudah2an kita semua mampu untuk mendawamkannya (istiqomah) agar sentiasa hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah Subhanahu wata’ala,
Rasulullah bersabda :
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau menunaikan haji dan umrah”
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara serentak?”
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.” Bismillaahir rohmaanir rohiim, Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x)
2. “Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat. Bismillaahir rohmaanir rohiim, Alloohumma shollii ‘alaa Muhammad wa’alaa alii Muhammad (3x)
3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. “Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan - akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar (3x)
...........................................................
Dan lagi.
Sebelum saya tidur, saya ingin meminta maaf & saya memaafkan semua orang.
Andai malam ini malam terakhirku,
Ajal menjemput tidak lambat walaupun sesaat. :)
maaf kan saya....
No comments:
Post a Comment