Nov 22, 2012

kosong...

sedang cuba mengosongkan minda...
mencuba untuk bertindak positif!!!
se-positif yang mungkin..
:)

setiap kali aku memanjatkan doa pada sang pencipta, aku xkan pernah lekang untuk mendoakan perlindungan, keselamatan, memberikan kekuatan semangat, keteguhan iman, ketabahan hati , diberikan pilihan yang terbaik pada 'dia',
yup!!!
'dia' yang pernah mengetuk pintu hati aku sebentar, dan dia yang pernah membuka dan menutup kembali pintu itu.... aku harap 'dia' dan 'dia' akan gembira selalu...

sekarang? tiba giliran aku, menjadi seorang 'aku'
aku xnk lagi jadi 'mereka' sebab aku xnk digolongkan dalam pepatah "lelaki semuanya sama"
i just wanna be " u are tottaly diffrent from others...

kosong adalah perkataan yang paling sesuai pada ketika ini...
aku perlu kosong kan minda, ingatan , tanpa aku berpaling kembali ke masa lampau...

semua itu harus aku simpan didalam log book... untuk semua...
:)

Nov 20, 2012

assalamualaikum... apa kelebihan salam ni?

assalamualaikum.......

ada sesiapa yang sedar ganjaran memberi salam??

ibnu abbas r.a. berkata: " sesungguhnya iblis yang tekutuk itu menangis, sewaktu seaeorang mukmin itu bersalam dan iblis itu mengeluh, "celaka, kedua2 mukmin itu tidak berpisah melainkan diampuni dosanya",

yup, iblis sendiri mengeluh apabila kita memberi salam pada saudara2 kita,

sabda RASULULLAH s.a.w. "Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam pada waktu orang2 lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga".

sabda RASULULLAH s.a.w. lagi, "sesungguhnya di dalam syurga terdapat kamar yang bermacam2, semuanya boleh dilihat dari luar. didalam syurga itu terdapat kenikmatab yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah terbayang oleh hati manusia".

kemudian para sahabat bertanya: "ya RASULULLAH, untuk siapakah kamar2 itu?"

"ianya adalah bagi
1-orang yg menyampaikan salam,
2-bg orang memberi makan,
3-bg orang yang mengerjakan solat mlm ketika org sedang tidur". jawab RASULULLAH s.a.w.

lalu para sahabat bertanya lagi, " siapakah orang yang kuat mengerjakan semua itu, ya RASULULLAH?"

sabda RASULULLAH s.a.w. : " akan aku terangkan kepada kamu semua :-
1- barang siapa yang bertemu dengan saudaranya (semua org islam) dan memberikan salam kepadanya, maka dia telah menyiarkan salam,

2- barang siapa yang memberi makan pada ahli keluarga/anak/isterinya sehingga kenyang maka ia telah memberi makan,

3- barang siapa yang berpuasa dalam bulan ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (puasa 6) bererti dia telah sentiasa berpuasa.

4- barang siapa yang solat isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur".

sabda RASULULLAH s.a.w. lagi : " barang siapa yang memulakan perbualan sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab".

besarnya kelebihan memberi salam..
sooooo.... lepas ni rajin2 lah bg salam kat orang, ape dlm mulut tu ade emas ke???
:)


betto kusyairy?

sape mamat ni?
ahaks!
bagi aku mamat ni style...
aku suke gaye die belakon...
simple n cool! hahahahaha...
lately ni aku layan cite 'ISTANBUL AKU DATANG' best! aku tgk pon sbb beto jek, so far lisa mcm agak gedik sket la dlm cite tu.. over lebih kot..
tp cite nye best la...
view menarik... aku mmg suggest kome g tgk...
then td layan cite ' AKU DIA DAN TONG SAMPAH'
nice!!!!!
hahahahahah...
korg download la...




new look!

wow!!! new look!
aku xpasan plak aku ade update apps ni kat phone aku...
rerajin ler aku update pasni...
yeayh! hehehehe...


Nov 15, 2012

kawen!

hmmmm...
minggu ni aku sentap habis!
kawan baik aku nk kawen...
yup! aku sedih gile...
bile la masa aku agaknye...
:'(
big congrats to fuza n meor!!!!

Nov 14, 2012

mimpi...

semalam aku bermimpi,
adakah itu 1 petanda?
atau adakah itu efek dari ubat batuk yang aku telan mlm td... :)
ps: aku demam la...

mimpi ku berkaitan kawen!

yup...
kawen!

aku mimpi mak aku carikkan jodoh, orang yang aku xkenal.. dan sidia menerima aku.
dalam mimpi tu, aku baru akad nikah, n bersua muka dengan dia, muka aku nmpak, tp aku xkenal,
aku sedar yang aku bermimpi....
dalam mimpi tu aku berusaha mencari nama sidia tu.....
DAPAT!!! tp bile bangun tidor aku lupe plak... arghhhh!!! tekanan lak aih... hehehehehhe...
xpe lah.... aku tahu mimpi tu mainan tidor jek....
ntah bile la aku kawen plak agakye....
myb sebab aku tekanan sngt kot,
bulan ni tiap minggu mmber aku kawen....

huhuhuhu...
kepada rakan2 aku yang bakal melansungkan perkahwinan, aku mendoakan korang akan bahagia sehingga ke akhir hayat... jgn lupe aku dah la... mentang2 la aku xkawen lg.... n doakan aku plak lpas ni ok? hehehh...

tahun baru hijrah

akhirnya kita sama2 melangkah ke tahun hijrah yang baru.
sejenak terfikir,
apa yang kita dah buat pada tahun yang lalu?
apa sumbangan kita pada islam pada tahun yang sudah?
apa bekalan kita?
apa kesudahan kita?

hmmmm...
ya allah, sempena tahun baru ini, kau berikan lah aku hidayah, kau berikan lah aku jalan bagi terus berjuang untuk agama...
berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang,
sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah....
kau kuatkan lah semangatku,
kau teguhkan lah iman ku,
kau tabah kan lah hatiku dalam menempuhi ranjau didunia ini,

pada tahun ini, aku berjanji untuk menjadi seorang hamba allah yang berguna pada semua....
insyaalah... amin!

pada hari terakhir tahun ini,
aku dapat menunaikan solat subuhku yang terakhir utk tahun ini diatas puncak bukit broga...
ya allah... sungguh indah pemandangan disana,
sungguh indah ciptaan tuhan....

salam maal hijrah!

Nov 10, 2012

i love nabi muhammad saw

Pada hari kiamat kelak, Nabi Muhammad s.a.w. akan diberikan kolam air terbesar (Haud). Setiap nabi akan diberikan Haud.

Kita tahu bahawa hari kiamat akan menjadi sangat panas, sangat panik, sangat huru-hara. Tiada tempat berteduh, tiada tempat tinggal , tiada air, kecuali sesiapa yang Allah (swt) berikan. Sesiapa yang Benar-benar beriman dan percaya pada Nabi akan diberi air oleh tangan Nabi mereka. Jadi orang-orang yang percaya kepada Musa (as) akan pergi ke Haud beliau, orang-orang yang percaya kepada Isa (as) akan pergi ke Haud beliau dan sebagainya.

Nabi kita (saw) telah diberi Haud terbesar. Dalam hadis ada menyebut bahawa air ini adalah lebih sejuk daripada ais, ia adalah lebih putih daripada susu, dan ia adalah lebih manis daripada madu. Sesiapa yang minum daripadanya sekali, akan TIDAK akan pernah berasa dahaga lagi untuk selama-lamanya. Ia berbentuk 4segi dalam dan sebelah persegi ini adalah jarak antara Makkah dan Yaman! Bilangan bekas/ cawan yang diperlukan untuk air kolam ini adalah lebih daripada bilangan bintang di langit!

Terkedu!!. Subhanallah! Semoga Allah (swt) menjadikan kita salah seorang daripada mereka yang bernasib baik untuk dapat minum air ini oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai pada hari kiamat.

Amin!

Nov 8, 2012

4 jenis syaitan

empat syaitan yang patut kita kenali iaitu:
dasim, wasin, musawwit dan murrah.

1- murrah : menggalakkan kita mendengar muzik

2- musawwit : menggalakan kita menyampaikan benda-benda yang tidak betul ( fitnah dan gossip )

3- wassin : melaga-lagakan orang.

4- dasim : menyebabkqn suami dan isteri bergaduh

sharing is caring...
so dah tahu la syaitan mane yang dok melepet atas kepala korang kn?
(^__^)

Nov 5, 2012

KENALI NAFSU UNTUK KENDALI DIRI..


terdapat 4 jenis nafsu yg telah dibahagikan oleh sebahagian ulama tasawuf:

NAFSU AMMARAH:
nafsu yg sngt mngajak kejahatan.
merupakan nafsu yg berada pada tahap paling jahat dan hina. Orang yang mempunyainnasfu pada tahap ammarah seronok dan sngat berbangga melakukan maksiat, serta berusaha mengajak orang lain berbuat maksiat bersama2

NAFSU LAWWAMAH:
nafsu yg mencela. Ia merupakan nafsu yg terbuai dgn kenikmatan dan maksiat yg dilakukan. Namun, org yg melakukan maksiat akan segera insaf setelah berbuat dosa. Hatinya amat mudah tergoda dgn maksiat.

NAFSU MULHAMAH:
nafsu yg telah mula jinak. orang yg nafsunya berada pada tahap ini cenderung mendapat ilham utk melakukan kebaikan. Mereka sering berusaha memperbaiki diri dan menutup peluang utk kembali terjebak dlm maksiat. Namun AWAS, nafsunya msih belun stabil.

NAFSU MUTMAINNAH:
nafsu yg terhasil stlah ssorang berjaya mengawal dan mendidik nafsunya dgn cara mujahadatun-nafs, iaitu melawan nafsu dgn kinsisten shingga seronok melakukan ketaatan pd ALLAH. hatinya telah tenang krn nasfu telah berjaya dijinakkan. Nafsu ini milik orang2 soleh yg dpt menewaskan musuh zahir, iaitu milik org2 kafir
dan musuh bati, iaitu nafsu dan syaitan..

nilailah semula diri kita, kenali kita pada tahap yang mana.....
sama2 kita perbaiki...
masih belum terlewat selagi jantung berdegup, selagi belum ditarik roh dari jasad kita oleh malaikat maut, kita masih ada masa...
sama2 kita perbaiki..
(^__^)

true isn't?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...