Nov 10, 2012

i love nabi muhammad saw

Pada hari kiamat kelak, Nabi Muhammad s.a.w. akan diberikan kolam air terbesar (Haud). Setiap nabi akan diberikan Haud.

Kita tahu bahawa hari kiamat akan menjadi sangat panas, sangat panik, sangat huru-hara. Tiada tempat berteduh, tiada tempat tinggal , tiada air, kecuali sesiapa yang Allah (swt) berikan. Sesiapa yang Benar-benar beriman dan percaya pada Nabi akan diberi air oleh tangan Nabi mereka. Jadi orang-orang yang percaya kepada Musa (as) akan pergi ke Haud beliau, orang-orang yang percaya kepada Isa (as) akan pergi ke Haud beliau dan sebagainya.

Nabi kita (saw) telah diberi Haud terbesar. Dalam hadis ada menyebut bahawa air ini adalah lebih sejuk daripada ais, ia adalah lebih putih daripada susu, dan ia adalah lebih manis daripada madu. Sesiapa yang minum daripadanya sekali, akan TIDAK akan pernah berasa dahaga lagi untuk selama-lamanya. Ia berbentuk 4segi dalam dan sebelah persegi ini adalah jarak antara Makkah dan Yaman! Bilangan bekas/ cawan yang diperlukan untuk air kolam ini adalah lebih daripada bilangan bintang di langit!

Terkedu!!. Subhanallah! Semoga Allah (swt) menjadikan kita salah seorang daripada mereka yang bernasib baik untuk dapat minum air ini oleh tangan Nabi Muhammad s.a.w. yang kita cintai pada hari kiamat.

Amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...