Aug 16, 2012

adakah kau tahu?

adakah kau tahu?
yang aku mencintaimu bukan kerana rupa mu,
aku jatuh hati padamu kerana keperibadianmu,
aku jatuh hati padamu kerana akhlakmu,
aku jatuh hati padamu kerana agamamu,
aku jatuh hati padamu kerana ketulusanmu,

adakah kau tahu?
yang aku sedaya upaya untuk tidak menyentuhmu,
kerana aku ingin kau menjadi yang halal bg ku,
baru itu aku akan membelaimu,
itu janjiku,

adakah kau tahu?
yang aku amat menyesal kerana tersilap ingin cuba mendakap mu dulu,
aku menangis kerana marah akan perbuatan ku,
aku menyesal kerana aku tersasul,
aku tahu kau bukan gadis lain,
ingatkah kau?

adakah kau tahu?
aku amat serius pada kamu,
aku sanggup menemui orang tua mu,
aku juga sanggup memandu jauh hanya untuk membuat kau tersenyum,

adakah kau tahu?
hati ini sekarang sudah mati.

kau pergi....

kau pergi disaat aku sedang kuat mencintaimu,
kau pergi disaat aku sedang bercita2 untuk memilikimu,
kau pergi jua membawa semua kenangan,

aku terus disini, mmengharap cinta yang tak sudah,
aku terus disini, mencuba untuk menyembuhkan luka itu sendiri,
aku terus disini, menengelamkan sekeping hati jauh ditngah laut merah..

aku masih menyindiri,
aku masih begini dari dulu sehingga kini,
setelah berkali2 aku mencuba,
dan sudah sampai waktunya aku mengalah dan sepi.

akibat tinggalan yang tersisa,
aku menjadi rendah diri,
aku menjadi kurang keyakinan untuk mencuba lagi,
mungkin itu kali terakhir aku mencuba,
jikalau ada jodoh kita jumpa lagi,

harapanku semoga kau temui sidia yang menyimpan kunci hatimu....
aku tidak berdaya lagi untuk membuka kunci hatimu itu,
aku tidak lagi berdaya untuk mengukir senyumanmu,
aku tidak lagi berdaya untuk membahagiakan mu..
kerana kau bukan untukku...


Aug 12, 2012

hati ini sudah tiada

dengan izin allah s.w.t,
dengan rahmat dari allah s.w.t,
dengan limpahan kasih dari allh s.w.t,

aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai kemanisan cinta,
aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk memberikan cinta,
aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai kepahitan diluka,
namun aku tidak menyalah kan takdir,
aku tahu allah sudah menetapkan yang terbaik untukku,
aku yakin suatu hari nanti allah akan pertemukan aku dengan si dia,

ya allah, kau temukan lah aku dengan si dia dalam keadaan aku telah bersedia kembali,
kau bukakan juga pintu hati ku yg telah dihempas kuat ditinggalkan si sejarah,
ya allah, kau berikan lah aku kekuatan selepas ini untuk memberi lagi cinta kepada si dia yang akan datang, walaupon hakikatnya aku telah lelah untuk memberikan rasa kepada sesiapa,

aku sering memberi cinta,
terlalu senang memberi cinta,
terlalu senang berharap, terlalu mudah....
disebabkan itu aku hanya menjadi pengharap,
bukan penerima,


sepanjang hidupku,hanya sekali sahaja aku merasai kemanisan menerima cinta dari seseorang,
dan aku terlalu BODOH kerana mensia-siakan pemberi cinta itu,


kepada si sejarah,
aku hanya mampu berdoa kepada allah,
agar perkahwinanmu berkekalan,
kepada si sejarah,
aku memohon maaf dari hujung rambut kehujung kaki atas segala apa yang telah aku lakukan, sama ada yang baik atau yg buruk,
sesungguhnya aku masih mentah dalam menerima cinta dahulu,

kepada si penerima2 cinta ku dahulu,
aku hanya mampu berdoa kepada allah,
semoga kamu dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik,
lebih layak untuk kamu,
kepada si penerima,
aku memohon maaf sekiranya terlalu berharap kepadamu,
membuatkan kamu berasa rimas,
membuatkan kamu berasa bersimpati,
sesungguhnya aku ikhlas pada kamu,
cuma mungkin keikhlasan itu tidak kelihatan,
umpama semut hitam, diatas batu hitam, dimalam yang gelap,

hati ini sudah tiada,
hati ini sudah kelam,
hati ini sudah mati,

cintaku kini abadi kepada PENCIPTAKU,
ya allah,
kau tetapkan lah imanku,
kau teguhkan lah hatiku,
kau utuhkan lah semangatku,
untuk terus mencintai mu ya allah,
sesungguhnya aku seorang insan yang lemah,

-hati ini sudah tiada-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...