Aug 16, 2012

adakah kau tahu?

adakah kau tahu?
yang aku mencintaimu bukan kerana rupa mu,
aku jatuh hati padamu kerana keperibadianmu,
aku jatuh hati padamu kerana akhlakmu,
aku jatuh hati padamu kerana agamamu,
aku jatuh hati padamu kerana ketulusanmu,

adakah kau tahu?
yang aku sedaya upaya untuk tidak menyentuhmu,
kerana aku ingin kau menjadi yang halal bg ku,
baru itu aku akan membelaimu,
itu janjiku,

adakah kau tahu?
yang aku amat menyesal kerana tersilap ingin cuba mendakap mu dulu,
aku menangis kerana marah akan perbuatan ku,
aku menyesal kerana aku tersasul,
aku tahu kau bukan gadis lain,
ingatkah kau?

adakah kau tahu?
aku amat serius pada kamu,
aku sanggup menemui orang tua mu,
aku juga sanggup memandu jauh hanya untuk membuat kau tersenyum,

adakah kau tahu?
hati ini sekarang sudah mati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...