dengan izin allah s.w.t,
dengan rahmat dari allah s.w.t,
dengan limpahan kasih dari allh s.w.t,
aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai kemanisan cinta,
aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk memberikan cinta,
aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai kepahitan diluka,
namun aku tidak menyalah kan takdir,
aku tahu allah sudah menetapkan yang terbaik untukku,
aku yakin suatu hari nanti allah akan pertemukan aku dengan si dia,
ya allah, kau temukan lah aku dengan si dia dalam keadaan aku telah bersedia kembali,
kau bukakan juga pintu hati ku yg telah dihempas kuat ditinggalkan si sejarah,
ya allah, kau berikan lah aku kekuatan selepas ini untuk memberi lagi cinta kepada si dia yang akan datang, walaupon hakikatnya aku telah lelah untuk memberikan rasa kepada sesiapa,
aku sering memberi cinta,
terlalu senang memberi cinta,
terlalu senang berharap, terlalu mudah....
disebabkan itu aku hanya menjadi pengharap,
bukan penerima,
sepanjang hidupku,hanya sekali sahaja aku merasai kemanisan menerima cinta dari seseorang,
dan aku terlalu BODOH kerana mensia-siakan pemberi cinta itu,
kepada si sejarah,
aku hanya mampu berdoa kepada allah,
agar perkahwinanmu berkekalan,
kepada si sejarah,
aku memohon maaf dari hujung rambut kehujung kaki atas segala apa yang telah aku lakukan, sama ada yang baik atau yg buruk,
sesungguhnya aku masih mentah dalam menerima cinta dahulu,
kepada si penerima2 cinta ku dahulu,
aku hanya mampu berdoa kepada allah,
semoga kamu dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik,
lebih layak untuk kamu,
kepada si penerima,
aku memohon maaf sekiranya terlalu berharap kepadamu,
membuatkan kamu berasa rimas,
membuatkan kamu berasa bersimpati,
sesungguhnya aku ikhlas pada kamu,
cuma mungkin keikhlasan itu tidak kelihatan,
umpama semut hitam, diatas batu hitam, dimalam yang gelap,
hati ini sudah tiada,
hati ini sudah kelam,
hati ini sudah mati,
cintaku kini abadi kepada PENCIPTAKU,
ya allah,
kau tetapkan lah imanku,
kau teguhkan lah hatiku,
kau utuhkan lah semangatku,
untuk terus mencintai mu ya allah,
sesungguhnya aku seorang insan yang lemah,
-hati ini sudah tiada-
No comments:
Post a Comment