Sep 16, 2012

antara agama, zaman, dan fesyen...

tulisan kali ini agak ringkas, tp perlu!
akibat pendedahan kepada dunia fesyen yg terlampau sehunggakan agama, maruah dan malu ditolak ketepi malahan dibangga-bangga kan...

aku menulis kerana tidak tahan lagi melihat jenayah2 fesyen yg semakin berleluasa...

allah menyuruh anda (kaum hawa) menutup aurat, bukan membalut aurat,
terdapat perbezaan antara menutup dan membalut!
menutup aurat bagi wanita.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

nampak x?
dan ingatlah wahai kaum wanita semua, apabila anda mendedahkannya bukan sahaja anda yang mendapat dosa, terdapat 4 lelaki yang akan mendapat dosa juga!
1: ayah
2: adik beradik lelaki
3: suami
4: anak

sanggupkah anda melihat mereka diheret di akhirat kelak akibat perbuatan anda???

fikirkan!

berubahlah...
demi masa depan kelak...
please i'm begging u!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...