Sep 13, 2012

wait for the right time to start again...

menunggu masa yg sesuai...

sepanjang perjalanan hidup aku,
aku hanya dapat merasai apa yang dinamakan "BERCINTA" sebanyak 2x,
selebihnya lebih kepada "MENCINTAI" dan "MEMINATI"
definasi bercinta bagi pendapat aku:
saling mencintai,
definasi mencintai pula: hanya pada sebelah pihak,

ALLAH telah memberi aku kesempatan melalui sebentar jalan itu,
dan aku juga mengetahui apa yg ada dalam perjalanan itu serba sedikit,
ada yang baik, selebihnya yang buruk,
aku rasa, apa yang dinamakan nikmat cinta itu hanya mampu dirasai apabila sudah meniti alam perkahwinan,
alam percintaan sebelum perkahwinan hanya membabitkan kita terjerumus ke lembah maksiat.

ALHAMDULILLAH,
aku diberi kesempatan oleh ALLAH, untuk kembali ke jalan yang diredhai... jauh dari kancah pembohongan duniawi,

mungkin aku lebih sesuai untuk meminati sahaja, memerhati, dan memendam sahaja...
itu lebih baik, sekurang kurangnya aku bebas dari melakukan kesilapan yg silam,

seharusnya aku meletak kan cinta aku pada allah sepenuhnya,
dia lah yg maha penyayang, maha pengasihani, maha agung.

terima kasih ya allah kerana membuka hatiku...

terima kasih ya allah kerana mengasihaniku,

terima kasih ya allah kerana memberiku peluang lagi,

TERIMA KASIH YA ALLAH....

kepada cinta masa hadapanku,
aku akan terus bersabar menunggumu, kerana aku yakin ALLAH telah menetapkan apa yang terbaik untuk hambanya,
insyaallah,

kepada cinta masa hadapanku,
yakinlah yang kita akan bertemu..
aku akan datang sebagai seorang lelaki yg bergelar suami,

insyaallah.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...